Homestay D'Usrati

Homestay D'Usrati

Monday 27 April 2015

Homestay D'Usrati @ Gopeng / Simpang Pulai, Ipoh Perak.

Homestay D’Usrati merupakan perkhidmatan penginapan (sebuah rumah teres satu tingkat) yang bersih, kemas dan selesa untuk memenuhi keperluan anda.

Pandangan hadapan Homestay D'Usrati


Kenali Homestay D’Usrati

Homestay D’Usrati merupakan sebuah rumah teres satu tingkat yang baru yang siap dibangunkan sekitar Januari 2015. 

Homestay D’Usrati  terletak di No 51, Jalan Prima 2, Taman Gopeng Prima. Simpang Pulai. Perak.

Dengan dilengkapi 4 bilik tidur dan 2 tandas, Homestay D'Usrati sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan semasa bercuti bersama keluarga. Homestay D'Usrati mementingkan suasana kekeluargaan dengan menyediakan peralatan asas bagi kehidupan keluarga seperti peralatan memasak, peti ais, mesin basuh dan sebagainya. 


Kelengkapan Homestay D'Usrati
Homestay D’Usrati dilengkapi dengan fasiliti berikut: 

1) 4 bilik tidur - 3 katil queen  & 2 katil bujang (3 air-cond/ 4 kipas siling).
2) Ruang tamu – televisyen & astro njoi /kerusi rehat ( kayu jati).
3) Ruang makan dengan meja makan 
4) 2 bilik air
5) Dapur - dilengkapi dengan dapur gas, peti sejuk, periuk nasi, cerek elektrik dan
    pinggan mangkuk. 
6) Porch area - muat untuk 2 biji kereta
7) Ampaian baju
8) Lain-lain - mesin basuh/seterika/bantal tambahan/ air tapis /telekung/ Sejadah

Lokasi Homestay D'Usrati
Homestay D’Usrati sesuai untuk pilihan ramai memandangkan kedudukannya yang strategik seperti berikut:

1) Berdekatan dengan susur keluar lebuhraya plus iaitu:
- Exit Simpang Pulai (Lebuhraya PLUS) – 4 km
- Exit Gopeng ( Lebuh raya PLUS)- 5 km
    Homestay D'Usrati terletak di antara Gopeng dan Simpang Pulai

2) Berdekatan dengan pusat-pusat pengajian, antaranya:
          - Kolej Matrikulasi Gopeng – 9 km
          - SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi) Gopeng-9 km
          - Politeknik Ungku Omar – 14 km

3) Berdekatan dengan bandar-bandar utama/lokasi pelancongan, antaranya:
          - RTC / Mydin Gopeng – 400 m
          - Medan Gopeng – 10 km
          - Batu Gajah – 12 km
          - Gua Tempurung,Gopeng- 10 km
          - Lapangan Terbang/Airport Ipoh- 11 km
          - Ulu Kinta – 25 km
          - Lost World of Tambun -16 km
          - Bandaraya Ipoh- 15 km
          - Seri Iskandar – 30 km
          - Cameron Highland – 65 km.

4) Berdekatan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti: 
          - Terdapat dua (2) Restoran 24 Jam berdekatan dengan jarak hanya 200 m
          - Mini Market dan Pusat Servis kereta – 200 m
          - Stesen Minyak Petronas – 250 m
          - Dewan Kegiatan Masyarakat ( Serbaguna ) – 200 m


Terma tempahan/sewaan
  • Sewaan Homestay D’Usrati dibuka kepada muslimin/muslimat sahaja
  • Cadar dan sarung bantal akan ditukar untuk setiap pelanggan.
  • Check in: 2.00 petang, Check out: 12.00 tengahari
  • Homestay D’Usrati juga menerima sewaan jangka panjang jika tidak bertembung dengan tempahan sedia ada. Harga boleh dirunding.
  • Jika anda memerlukan lebih dari sebuah rumah untuk disewa, sila maklumkan kepada pihak kami untuk diuruskan.
  • Untuk membuat tempahan, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
  • Harga sewaan boleh dirunding. Tiada Deposit Diperlukan.
  • Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 013-5969357 (Ustaz Fadli) / 019-5592481 (Cikgu Mazlina)



GALERI GAMBAR

Ruang tamu yang dilengkapi TV dengan Astro Njoi, dan kerusi rehat 



Bilik pertama (1) yang dilengkapi katil queen, ampaian, almari baju, set seterika dan penghawa dingin. 


Bilik kedua (2) yang dilengkapi katil queen, ampaian dan penghawa dingin


Bilik ketiga (3) yang dilengkapi katil queen, ampaian dan penghawa dingin

Bilik keempat (4) yang dilengkapi katil bujang, ampaian dan kipas angin



Almari dan tandas di bilik pertama


Gambaran tandas


Ruang meja makan


Ruang dapur untuk kegunaan memasak

Ruang dapur yang dilengkapi dapur gas, periuk nasi elektrik dan cerek air elektrik
   
Peti ais untuk kegunaan tetamu

Mesin basuh untuk kegunaan tetamu

Kemudahan stesen minyak yang terletak hanya 250 meter dari lokasi rumah


Kemudahan pusat mini market AgroMall Mydin yang terletak 200 meter dari lokasi rumah




16 comments:

  1. Salam.
    Berapa ya bayaran untuk satu malam?

    ReplyDelete
  2. salam.. berapa rm 1mlm... tq

    ReplyDelete
  3. salam.. berapa rm 1mlm... tq

    ReplyDelete
  4. Rm 200...tp blh runding lg.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..mmg selesa & bersih...kami sgt2 berpuas hati..t.ksh tuan rmh

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua pengunjung... Insyaallah servis terbaik dari kami

    ReplyDelete
  7. Harga blh kurang lg insyaallah... Mengikut bilangan hari serta jumlah tetamu

    ReplyDelete
  8. Assalam.. Utk 21-22.12 masih kosong lagi ke.. Utk 2 keluarga

    ReplyDelete
  9. As salam... maaf ya nak tanya...klu utk hari ini msh ada kekosongan ke....

    ReplyDelete
  10. Berhati-hati sebelum tempah homestay ini. Tuan rumah, nama Ustad Fadli tak nak pulang balik duit masa cancel booking waktu MCO. Nama ustad tapi tipu orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy punya elok je refund balik...cuba hbngi balik owner

      Delete
    2. Mohon maaf, saya langsung tak ingat bila En.Faeam tempah dan tak jadi masuk.Tolong hubungi saya kembali untuk saya bayar...
      Saya tak dapat hubungi En Faeam kerana tiada no.utk hubung...
      Kita boleh bersemuka kalau tak puas hati, jangan komen cara pengecut ni...

      Delete